Isra’
Mikraj
Dalam sejarah ada meriwayatkan bahawa Baitulmaqdis merupakan tempat dan kawasan
terbentuknya sejarah Islam sejak dizaman Nabi Muhammad s.a.w. Peristiwa ni
lebih dikenali sebagai peristiwa Isra’ Mikraj. Dalam surah Al-Isra’,ayat
1 Allah s.w.t berfirman:

Maknanya:Maha
suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya(Muhammad) pada malam hari dari
Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, Untuk memperlihatkan
kepadanyaa ayat-ayat kami. Sesungguhnya Dialah(Allah) Jualah yang Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui.
Dalam peristiwa
ini, Allah s.w.t telah memerintahkan Nabi agar menziarahi Baitulmaqdis dengan
ditemani oleh Malaikat Jibril. Nabi Muhammad s.a.w melakukan perjalanannya
dengan menaiki Buraq sehingga sampai ke Baitulmaqdis. Ketibaannya disana,
terus beliau mendirikan solat dua rakaat sebelum diangkat ke petala langit.Diriwayatkan
bahawa terdapat batu tergantung di Baitulmaqdis apabila ingin mengikuti Nabi
menaiki petala langit.
Baitulmaqdis
merupakan salah satu tempat yang teristimewa dan mendapat kedudukan mulia
disisi Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w bersabda dalam hadis yang sahih:

Maknanya:Tidak
diwajibkan membuat pelayaran kecuali kepada tiga masjid iaitu Masjid Al-Haram
dan Masjid aku ini (Masjid Nabi s.a.w di Madinah) dan Masjid Al Aqsa.
Dijelaskan lagi, menziarahi
Masjidil Aqsa mendapat kemuliaan dari Allah s.w.t berpandukan sabda Nabi Muhammad
s.a.w betapa pentingnya Baitulmaqdis ini kepada setiap ummat Muhammad. Asas
pembinaannya hingga kini tersergam indah yang masih mengekalkan sejarah pembinaan
dan sejarah yang penting. Baitulmaqdis merupakan kiblat yang pertama dalam
sejarah Islam sebelum Allah s.w.t memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w berpaling
kiblat kearah Kaabah.
Diriwayatkan oleh Ibnu
Amr r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:Apabila Nabi Sulaiman a.s. mula
hendak membina Bait Al-Maqdis, beliau bermohon kepada Allah s.w.t agar tidak
sesiapa yang datang ke masjid ini dan tidak berniat kecuali bersembahyang
didalamnya, akan diampunkan Allah s.w.t dosanya seperti dia baru dilahirkan
oleh ibunya. |